fbpx
TRAFFORD mempamerkan aksi kurang menyakinkan ketika City tewas berdepan Spurs menyebabkan Guardiola membuat keputusan menukar khidmatnya. - AFP

EPL: Guardiola masih dalam dilema

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Pengendali Manchester City, Pep Guardiola mengakui masih belum membuat keputusan siapakah penjaga gol utama pasukannya untuk berdepan Brighton, malam ini.

Pendekatan Guardiola ini diambil selepas mengambil kira banyak perkara termasuk prestasi kurang meyakinkan James Trafford ketika menentang Tottenham Hotpurs, minggu lalu hingga menyaksikan City mengalami kekalahan.

Bagaimanapun, pengurus dari Sepanyol itu percaya yang Trafford akan kembali bangkit untuk mempamerkan kualiti lebih baik sekali gus mampu mengeluarkan pasukan daripada situasi sukar.

“Kami akan ambil berat dan sudah tentu dia (Trafford) bimbang. Saya tidak suka jika dia langsung tidak rasa bersalah. Tapi, kami di sini untuk membantunya, terutamanya ketika saat-saat sukar,” kata Guardiola.

Dua lagi penjaga gol The Citizens, Ederson dan Stefan Ortega kini sedang berada pada tahun akhir, kedua-duanya hangat diperkatakan akan melangkah keluar daripada Etihad sebelum tarikh tutup jendela perpindahan.

Dalam masa sama, City turut dikaitkan dengan penjaga gol Paris Saint-Germain (PSG), Gianluigi Donnarumma.

“Kami mempunyai skuad yang besar mungkin akan ada pemain baharu. Ada pemain akan meninggalkan pasukan dan kami perlu terima semua itu kerana jendela perpindahan masih lagi berjalan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN