fbpx
Fernandes meraikan jaringan penalti yang dilakukan ke atas Burnley pada aksi EPL sebentar tadi.

EPL: Gol penalti ‘selamatkan’ Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Pasukan Manchester United melakar kemenangan pertama musim ini selepas menewaskan Burnley 3-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Old Trafford sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, United yang masih segar dengan kekalahan memalukan kepada Grimbsy Town dalam aski Piala EFL awal minggu ini membariskan kesebelasan terbaik dengan Bruno Fernandes, Bryan Mbeumo dan Matheus Cunha memacu jentera serangan.

Skuad kendalian Ruben Amorim itu mendapat tuah apabila meraih gol hasil jaringan sendiri yang dilakukan oleh pertahanan Burnley, Josh Cullen pada minit ke-27.

Namun, momentum The Red Devils direntap selepas Cunha terpaksa dikeluarkan berselang tiga minit kemudian selepas mengalami kecederaan serius dan diganti dengan Joshua Zirkzee.

Bersambung pada babak kedua, giliran Burnley mengejutkan tuan rumah apabila Lyle Foster meledak gol penyamaan pada minit ke-55 selepas menerima hantaran Bruun Larsen.

Kegembiraan Burnley hanya bertahan selama dua minit selepas Mbeumo meletakkan kedudukan 2-1 hasil ledakan tepat setelah diumpan Diogo Dalot.

Enggan menyerah terlalu awal, Burnley sekali lagi menyamakan kedudukan dengan Jaidon Anthony mencetak nama selaku penjaring pada minit ke-65.

Bagaimanapun, Anthony jadi duri dalam daging buat Burnley apabila menjatuhkan Amad Diallo dalam kotak penalti pada masa kecederaan dengan peluang itu disempurnakan oleh Bruno Fernandes.

Keputusan 3-2 kekal hingga wisel penamat sekali gus memberi kelegaan buat Amorim selepas dikritik hebat sepanjang bulan ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI