fbpx
Sebahagian komuniti dan penduduk Kampung Sri Batu pada sambutan Hari Kebangsaan ke-68.

Boling kelapa, dam ular gergasi meriahkan Hari Kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Tarik tali sebelah tangan, boling kelapa, dam ular gergasi dan radio karat antara aktiviti sukan rakyat yang memeriahkan suasana Hari Kebangsaan ke-68 anjuran Kampung Sri Batu di sini.

Aktiviti tersebut disertai komuniti dan penduduk Kampung Sri Batu yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang.

Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Sri Batu, Amran Sulaiman berkata, sukan rakyat bukan sekadar platform hiburan, malah ia medium bagi nilai-nilai murni seperti kerjasama, toleransi dan saling hormat-menghormati.

Katanya, keharmonian ini harus diwarisi kepada semua warga negara Malaysia bagi keamanan yang hakiki dalam konteks tema merdeka ‘Malaysia Madani Rakyat Disantuni’.

“Kampung Sri Batu dengan semangat kesukanan dan perpaduan ditunjukkan mencerminkan aspirasi sebuah kampung tradisi yang sentiasa relevan.

“Sukan rakyat di Kampung Sri Batu adalah cerminan sebenar Malaysia sebagai sebuah negara berbilang bangsa yang bersatu padu, mengukuhkan lagi janji kemerdekaan ke-68 ini,” katanya.

Amran berkata, Kampung Sri Batu di dalam kawasan Parlimen Batu dan ia meliputi dari Sentul hingga ke Batu Caves.

“Komuniti Kampung Sri Batu membuktikan perbezaan latar belakang tidak menghalang mereka untuk bersatu demi keamanan dan kebersamaan.

“Pelbagai aktiviti sukan rakyat yang unik dan menghiburkan telah diadakan, menjadi magnet yang menarik penyertaan dari segenap lapisan masyarakat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN