fbpx
TANG JIE (kiri) dan Ee Wei ceria sebaik sahaja dinobatkan sebagai juara dunia 2025. - AFP

Anwar bangga pencapaian Tang Jie-Ee Wei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pencapaian beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang meraih gelaran pada Kejohanan Badminton Dunia 2025 di Paris, Perancis nyata membanggakan seluruh rakyat Malaysia.

Kejayaan bersejarah itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengalungkan ucapan tahniah kepada pasangan No.4 dunia tersebut.

Apa tidaknya, ia merupakan sejarah baharu arena sukan tanah air memandangkan mereka adalah beregu campuran pertama Malaysia yang menjadi juara dunia sejak ia dipertandingkan pada 1977.

Lebih manis, kejayaan itu hadir di kala seluruh rakyat Malaysia sedang meraikan sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-68.

“Hadiah Hari Kebangsaan buat Malaysia. Tahniah kepada pasangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei atas pencapaian membanggakan di Kejohanan Badminton Dunia BWF 2025.

“Terima kasih kerana telah bekerja keras demi mengharumkan nama negara,” tulisnya menerusi satu hantaran di laman X sebentar tadi.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh turut menyuarakan rasa gembira atas pencapaian tersebut dan menganggap ia akan terus terpahat dalam sejarah arena sukan negara.

“Pingat emas sempena Hari Kemerdekaan bukan sahaja istimewa, malah ia akan terus berada dalam lipatan sejarah negara sebagai salah satu pencapaian sukan terbaik. Anda memang layak untuk meraih kejayaan ini,” tulisnya menerusi hantaran di laman Facebook.

Pada aksi final hari ini, Tang Jie-Ee Wei mempamerkan aksi luar biasa selepas menundukkan pilihan kedua kejohanan dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin menerusi keputusan straight set 21-15, 21-14. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI