fbpx
Peserta cilik acara Sambutan Hari Jadi Anak Merdeka menghias kek dengan corak jalur gemilang di Mahkota Parade. Gambar ARIF HAMIZAN MISKON

100 ‘anak merdeka’ diraikan di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Seramai 100 individu yang lahir pada tarikh keramat 31 Ogos diraikan oleh Yayasan Belia Sedunia (WYF) sempena sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri di sini, hari ini.

Pengerusi WYF, Datuk Ridhwan Mohd. Ali berkata, mereka yang diraikan berusia setahun hingga 67 tahun.

“Tujuan utama bukan semata-mata untuk meraikan ulang tahun kelahiran pada tarikh kemerdekaan, sebaliknya menjadi wadah menyemai semangat patriotisme dalam kalangan semua generasi.

“Ia juga berperanan mengeratkan hubungan masyarakat selain memberi pengalaman bermakna buat mereka yang lahir pada 31 Ogos,” katanya pada Majlis Sambutan Hari Jadi Anak Merdeka di Banda Hilir.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam dan isteri, Toh Puan Asmah Abd. Rahman.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN