fbpx
Noor Afifah (tengah) mendukung anaknya, Nur Fatma Adiratna ketika ditemui di pejabat Sui Hau (kanan) di Seberang Perai baru-baru ini.

‘Ingatkan dia akan tutup sendiri’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Sepasang suami isteri merayu orang ramai membantu mencari dana RM85,000 bagi menampung kos pembedahan penyakit jantung berlubang yang dihidapi anak perempuannya pada 9 September ini.

Noor Afifah Elias, 29, dari Ba­ling, Kedah, berkata, anaknya, Nur Fatma Adiratna Muhamad Faris, berusia satu tahun dikesan menghidap penyakit itu selepas kerap ditahan wad ekoran demam ku­ning.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati bunyi jantung anak tunggalnya itu tidak normal sebelum disahkan mengalami penyempitan arteri pulmonari selain jantungnya berlubang.

“Ketika itu, bayi saya masih mampu bernafas sendiri dan doktor hanya memantau secara berkala untuk melihat sama ada lubang boleh tertutup sendiri.

“Namun, pada pemeriksaan susulan baru-baru ini, doktor mengesan jantungnya mula membengkak serta lubang pada jantungnya kini membesar sehingga tujuh milimeter,” katanya.

Menurut Noor Afifah, anak­nya perlu dibedah segera bagi mengelakkan komplikasi berbahaya seperti kesukaran bernafas, pembengkakan jantung atau risiko jantungnya terhenti.

Tambahnya, doktor turut menasihatkan supaya anaknya menjalani pembedahan pembaikan jantung di hospital pakar.

“Bagaimanapun, kos yang tinggi menjadi halangan kerana kami hanya mampu mengumpul RM1,500 setakat ini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi One Hope Charity, Datuk Chua Sui Hau berkata, pihaknya berbesar hati mengumpulkan dana bagi membantu meringankan beban pasangan suami isteri berkenaan.

“Bapanya, Muhamad Faris Muhamad Fauzi, 30, bekerja sebagai operator kilang, manakala isterinya seorang suri rumah sepenuh masa.

“Kita memohon orang ramai menghulurkan bantuan kepada pasangan ini supaya kos itu dapat ditampung bersama,” katanya.

Orang ramai yang berhasrat menghulurkan derma, boleh berbuat demikian menerusi akaun Public Bank Berhad atas nama One Hope Charity & Welfare di 3193433435.

Sumbangan juga boleh di­salurkan menerusi laman web rasmi www.onehopecharity.org.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI