PETALING JAYA – Ada segelintir peserta RXZ Members 7.0 sanggup ‘membaraikan’ semula jentera kesayangan mereka selepas selesai program tersebut yang diadakan di Litar Permotoran Gong Badak di Terengganu.
Langkah tersebut diambil bagi memastikan bahagian-bahagian motosikal itu mudah disimpan dengan rapi dan tidak kurang juga untuk menjaga keaslian supaya tidak mudah rosak.
Selain itu, tindakan itu juga bagi mengelakkan pemilik menanggung kerugiaan sekiranya motosikal terbabit hilang atau dicuri.
Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok Apigarage Team kelihatan motosikal terbabit telah dibuka satu persatu semua bahagian yang ada sebelum disimpan dengan rapi selepas selesai program RXZ Members 7.0 minggu lalu.
“Raya dah habis, owner (pemilik) tak ada parking, barai macam ni boleh parking bawah katil,” tulis Apigarage Team.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan pelbagai komen termasuk menyatakan bahawa tindakan tersebut seperti bermain lego.
“Wah macam main lego ek,” komen @Teacher Tieyka.
“Bang tu bukan lego,” tulis @Alif.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @Ehhamm
“Owner (pemilik) buka sebab next year (tahun depan) kalau pergi RXZ Members lagi baru ada feeling (keseronokan) untuk ‘setup’ semula. Pasang masa ada event (program) lain auranya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
@ap1garage Raya dah habis @APIGARAGE_OFFICIAL @APIGARAGE RON SHOP @APIGARAGE-BAMAT @APIGARAGE_WAN #apigarage_official #fyp #sparepartrxz #apigarage #rxzmembers ♬ original sound – ying nyl