fbpx
Rumah tangga Rebecca Al Islam dikatakan bermasalah selepas dia memuat naik hantaran terbaharu dalam Instagram.

Tukar bio IG kepada ‘ibu tunggal’ – Rebecca Al Islam bercerai?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tiada angin tiada ribut, pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam mengejutkan ramai apabila membuat hantaran dalam media sosial memberi bayangan rumah tangga dibina bersama Datuk Nur Azman Sulaiman sudah menemui noktah.

Dalam hantarannya, Rebecca, 39, meluahkan rasa reda dengan perpisahan itu selain mendoakan kesejahteraan lelaki tersebut yang berkongsi hidup bersama selama 18 tahun.

“Assalamualaikum, 18 tahun kami bersama. Semoga Allah memberkati kamu dengan kesihatan dan kemewahan.

“Terima kasih untuk memori 18 tahun ini, kita sudah cuba yang terbaik, tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang,” luahnya.

Pelakon filem Embun itu turut menukar bio Instagram dengan kapsyen ibu tunggal kepada tujuh anak sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat.

Ruangan komen hantaran tersebut dibanjiri dengan doa dan simpati daripada netizen.

“Ya Allah, moga Rebecca terus tabah demi anak-anak, kalau betul cerai, moga terus kuat,” komen netizen.

“Kalau benar berpisah, semoga ada jalan terbaik buat kalian berdua, berpisah tak semestinya bermusuh,” tulis pengikut.

“Sedih baca kapsyen tersebut, semoga Rebecca bahagia walau apapun ujian,” kata pengguna media sosial lain.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 14 Januari 2011.

Mereka dikurniakan enam cahaya mata dan membesarkan anak angkat, Nor Adam Daniel yang berusia 16 tahun. — KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI