fbpx
Sheikh Farouk hadir ketika majlis menandatangani memorandum persefahaman kerjasama serta lawatan rasmi ke kilang Bubbles O2 di Negeri Sembilan, hari ini.

Terengganu FC fokus perkukuh nilai komersial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA- Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu FC (TFC), Sheikh Farouk Sheikh Mohamed Al-Bajrai mahu menerajui kelab ini kearah lebih profesional dengan fokus utama diletakkan kepada peningkatan nilai komersil dan kemantapan kewangan kelab.

Menurut Sheikh Farouk, usaha ini selaras dengan visi kelab untuk menjadi sebuah organisasi bola sepak yang mampan dari segi kewangan, profesional, dan berdaya saing di peringkat nasional.

Nilai komersil yang dilihat perlu ditambah baik adalah dari sudut penajaan korporat dan sejak memegang jawatan pertengahan Ogos lalu, Sheikh Farouk telah berjaya membawa masuk dua rakan perniagaan baharu buat TFC.

“Kerjasama ini adalah sebagai langkah buat TFC untuk menuju era baharu di mana kelab ini perlu diuruskan secara profesional yang bukan sahaja menambah nilai komersil dan kewangan kelab tetapi turut memberikan nilai tambah buat para penaja menerusi pelbagai aktiviti bersama penyokong.

“Walaupun fokus utama kami sebagai kelab bola sepak adalah keputusan di atas padang, tetapi kami juga mahu kelab ini bergerak secara mandiri di luar padang menerusi peluang-peluang perniagaan dan penajaan bagi memastikan kewangan yang mapan di masa hadapan,” katanya.

TFC adalah rakan kerjasama baharu selain menjadi Rakan Rasmi Majlis Sukan Negara (MSN), Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) dan inisiatif Road to Gold (RTG), serta Rakan Rasmi National Baseball League (NBL) selain penglibatan dalam kejohanan berprestij seperti Le Tour de Langkawi, Malaysia Football League (MFL) di semua peringkat umur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI