fbpx
Seorang pegawai Biro Penangkapan Jenayah tiba di kediaman suspek di Richfield, Minnesota semalam. - AFP

Suspek tembakan sekolah Katolik di Minneapolis dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MINNEAPOLIS, MINNESOTA – Suspek satu kes tembakan di sebuah sekolah Katolik di Minneapolis, negeri Minnesota semalam, dikenal pasti sebagai Robin Westman, lapor akhbar Daily Express.

Lelaki berusia 23 tahun yang dahulunya dikenali sebagai Robert mengacukan pistol ke arah dirinya sendiri selepas menembak melalui tingkap kaca ke arah kanak-kanak di dalam gereja Sekolah Katolik Annunciation. 

Kejadian tembakan berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi (waktu tempatan), menyebabkan dua kanak-kanak berusia lapan dan 10 tahun maut.

Sekurang-kurangnya 17 mangsa lain termasuk 14 kanak-kanak dan tiga orang dewasa cedera. Pegawai polis tempatan kini meneliti motif Westman kerana dia mempunyai sejarah jenayah yang terhad.

Polis tempatan percaya bahawa suspek meletakkan kenderaannya berhampiran sekolah dan bersenjatakan raifal, senapang patah serta pistol. 

Dia melepaskan tembakan daripada ketiga-tiga senjata semasa serangan itu tetapi tidak jelas sama ada dia berada di luar gereja semasa serangan itu atau masuk ke dalam.

Kanak-kanak sekolah sedang menghadiri upacara misa pada masa tembakan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN