fbpx
Anggota JPJ melekatkan pelekat kempen keselamatan jalan raya di sebuah bas ekspres.

Sikap berhemah kunci kurangkan kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor sikap berhemah serta pemanduan selamat adalah elemen paling penting dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara ini.

Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan, berkata penganjuran pelbagai program advokasi keselamatan jalan raya yang dianjurkan bersama pihak swasta sebagai langkah meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengguna jalan raya.

“JPJ Negeri Selangor menyambut baik penganjuran program bersama pelbagai pihak seperti ini bagi memperkukuhkan mesej keselamatan jalan raya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, program Advokasi Keselamatan Jalan Raya anjuran JPJ Negeri Selangor dengan kerjasama Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) di Plaza Tol Elmina Utara berlangsung semalam.

Menurutnya, fokus advokasi kali ini tertumpu kepada penunggang dan pembonceng motosikal serta penumpang bas ekspres dan bas persiaran.

“Antara aspek ditekankan termasuk kepatuhan penggunaan lorong motosikal, pemakaian tali pinggang keledar untuk penumpang bas, sembilan kesalahan utama jalan raya serta perkongsian tip keselamatan,” katanya.

Tambahnya, program itu turut melibatkan pengedaran risalah keselamatan jalan raya, pemberian beg cenderamata, pertukaran topi keledar dan sesi perkongsian maklumat berkaitan keselamatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI