fbpx
Mohammad Azlin (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas dan akan dilupuskan pada Majlis Pelupusan Barang Kes Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di IPK Perak, Ipoh hari ini.

Polis Perak lupus dadah, ketum bernilai RM26.14 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Polis Perak melupuskan pelbagai jenis dadah termasuk daun ketum dan ubat batuk bernilai RM26.14 juta membabitkan rampasan sejak 2012 hingga tahun lalu.

Timbalan Ketua Polis Perak, Mohammad Azlin Sadari berkata, pelupusan yang dijalankan di Taman Perindustrian Tungzen, Mukim Sungai Raia, Kampung Kepayang di sini oleh Syarikat Clinco Waste Management Sdn. Bhd. itu turut membabitkan peralatan memproses bahan terlarang itu.

Katanya, dadah dan peralatan yang dilupuskan itu merupakan eksibit daripada serbuan dan rampasan yang dijalankan di 15 daerah di negeri ini.

“Pelupusan tersebut dibuat bagi dadah yang telah selesai perbicaraan dan prosiding mahkamah membabitkan sebanyak 5,483 kertas siasatan.

“Antara yang dirampas adalah daun ketum seberat 651.9 kilogram (kg), syabu (404kg), ganja (165.3kg), ketamin (46.8kg), serbuk bahan kimia (327.9kg) dan heroin (4.5kg) selain cecair ketum sebanyak 3,012.6 liter dan 1,925.1 liter cecair kimia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Majlis Pelupusan Barang Kes Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, seramai 13,997 pesalah dadah ditangkap di seluruh negeri sejak Januari lalu di mana seramai 1,918 orang ditahan atas pelbagai kesalahan mengedar dadah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI