fbpx
Platform e-dagang Syurgawanita

Platform e-dagang Syurgawanita sasar 1 juta pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Platform e-dagang yang direka khusus untuk memenuhi gaya hidup wanita moden di Asia Tenggara iaitu Syurgawanita menyasarkan sejuta pelanggan aktif pada tahun ini.

Menurut jurucakapnya, Alya Suraya berkata, SyurgaWanita bukan sekadar platform membeli-belah, tetapi komuniti yang menginspirasi wanita untuk bergaya, sihat dan bahagia.

Jelasnya, dengan konsep “Women’s Paradise”, platform itu menjadi pusat sehenti merangkumi kecantikan, fesyen, aksesori, makanan sihat dan gaya hidup wanita moden di Malaysia, Singapura dan Indonesia.

“Antara jenama yang telah menyertai termasuk Dato Red dengan produk sambal, Adira dengan rangkaian whitening scrub lotion, perfume & shower gel, Dato Seri Alha Alfa dengan Alha Alfa Cosmetic (foundation, cushion, lipstick, setting spray), Appecut dengan produk pelangsingan, serta Rozita Che Wan dengan koleksi kaftan eksklusif.

“Turut serta jenama kesihatan dan kecantikan seperti Caah’s Donut, Ojas, Elegant Skincare dan Luqfa Skincare,”katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Alya berkata, SyurgaWanita juga menawarkan hadiah percuma untuk pendaftaran ahli, ganjaran eWallet, pembelian dengan pembelian, serta cabutan bertuah dengan hadiah barangan elektronik, kereta, motorsikal, kerusi urut dan tiket penerbangan.

“SyurgaWanita turut memperkenalkan Wanita Bergaya Contest 2025 yang bermula 15 hingga 30 September depan dan ia terbuka kepada wanita 18–45 tahun.

“Pemenang ditentukan melalui 60 peratus undian awam serta 40 peratus juri profesional. Panel juri terdiri daripada Dato Seri Alha Alfa, Adira Suhaimi, Shanell Harun dan wakil Butik LV.

“Hadiah utama termasuk wang tunai RM3,000, LV Lunch eksklusif serta hadiah Louis Vuitton, diikuti RM2,000 (naib juara), RM1,000 (ketiga), dan 10 hadiah sagu hati bernilai RM500 setiap seorang,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI