fbpx
Keadaan motosikal Yamaha 135LC merempuh sebuah lori yang meragut nyawa Mohd. Riduan di Jambatan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu hari ini.

Pesara maut, motosikal rempuh lori berhenti di Jambatan Sultan Mahmud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Seorang pesara Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh lori yang berhenti akibat tayar pecah di Jambatan Sultan Mahmud di sini, hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 11.20 pagi itu, mangsa, Mohd. Riduan Saidi, 60, meninggal dunia di lokasi akibat parah di kepala dan beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, ketika kejadian, warga emas itu dikatakan dalam perjalanan dari rumahnya di Bukit Tunggal, Kuala Nerus ke pusat bandar raya ini.

“Setibanya di lokasi kejadian, motosikal jenis Yamaha 135LC yang ditunggang mangsa merempuh lori yang berhenti di lorong kiri.

“Pemandu lori berusia 24 tahun dikatakan meletakkan kenderaan berat di laluan itu kerana salah satu tayar depan pecah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI