fbpx
Hannah Yeoh dan Kamarul Zaman

Pensyarah gagal tangguh bayar ganti rugi RM400,000 terhadap Hannah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan pensyarah, Dr. Kamarul Zaman Yusoff untuk menangguhkan bayaran ganti rugi RM400,000 terhadap Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh berhubung dua hantaran fitnah di Facebook lapan tahun lalu.

Peguam Mohd. Khairul Azam yang mewakili Kamarul Zaman berkata, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Avinder Singh Gill Ranjit Singh memutuskan demikian selepas meneliti hujahan yang dikemukakan kedua-dua belah pihak.

“Pihak-pihak telah mengemukakan hujahan sama ada terdapat atau tidak keadaan istimewa untuk perintah menggantung (bayaran ganti rugi).

“Selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua belah pihak dan membuat penilaian maksimum mahkamah mendapati tidak wujud keadaan istimewa melayakkan penggantungan diberikan,” katanya ketika ditemui selepas prosiding pendengaran dalam kamar hari ini.

Menurut Mohd. Khairul, dengan keputusan itu, perintah penghakiman Mahkamah Tinggi sebelum ini yang memerintahkan anak guamnya membayar ganti rugi akan terus berkuatkuasa.

Sementara itu, peguam Sangeet Kaur Deo yang mewakili Hannah mengesahkan perkara tersebut dan memberitahu, permohonan berkenaan ditolak dengan kos RM2,500.

Pada 30 Mei lalu, Kamarul Zaman diperintah membayar ganti rugi sebanyak RM400,000 Hannah berhubung dua hantaran fitnah terhadap Menteri Belia dan Sukan itu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Aliza Sulaiman memutuskan demikian selepas membenarkan saman fitnah yang dikemukakan Hannah terhadap Kamarul Zaman selain mendapati ahli politik itu berjaya membuktikan kesnya.

Berdasarkan saman yang difailkan pada 2022, Hannah selaku plaintif mendakwa Kamarul Zaman memuat naik dua hantaran di Facebook antara 10 dan 17 Mei 2017 mendakwa beliau mempunyai motif untuk menyebarkan Kristian menerusi politiknya.

Pensyarah itu turut memetik biografi Hannah ‘Becoming Hannah: A Personal Journey’ bagi memacu agenda Kristian dan turut mendakwa beliau berniat untuk mengubah Malaysia menjadi negara Kristian.

Dalam kenyataan pembelaannya, Kamarul Zaman berkata, kedua-dua hantaran Facebooknya tidak berunsur fitnah dan mempunyai alasan yang kuat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI