fbpx
Tangkap layar klip video memaparkan seorang pekerja inap desa mengaku merakam video seorang pempengaruh wanita sedang berada di dalam bilik mandi inap desa di Manir, Kuala Terengganu kelmarin.

Pekerja inap desa rakam pempengaruh dalam bilik air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Seorang usahawan yang juga pempengaruh mendakwa diintip dan dirakam ketika berada dalam bilik air sebuah inap desa di Manir di sini kelmarin.

Mangsa yang berasal dari Ampang, Selangor mendakwa perbuatan pada pukul 12.30 tengah malam itu didalangi oleh salah seorang pekerja inap desa tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, wanita itu mengesyaki dia dintai selepas ternampak tangan individu memegang telefon bimbit dari tingkap bilik air.

“Mangsa yang terkejut kemudian menjerit meminta pertolongan suaminya sebelum ternampak kelibat lelaki yang disyaki mengintipnya beredar dengan menunggang motosikal,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Terdahulu insiden itu tular selepas pempengaruh wanita terbabit memuat naik klip video pengakuan suspek di media sosial.

Azli berkata, mangsa memaklumkan insiden itu kepada pemilik villa sebelum pekerja premis berkenaan tampil mengaku perbuatannya pada malam, Selasa lalu.

Katanya, suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an mendakwa sudah memadamkan rakaman video tersebut.

Susulan kejadian itu, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Manir di sini pada pukul 12.09 tengah hari semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI