fbpx
PANG RON (kiri) dan Su Yin melakar kejutan apabila menewaskan Soon Huat-Shevon yang merupakan pilihan keenam kejohanan. - AFP

Kejohanan Dunia: Pang Ron-Su Yin benam beregu senior

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron bangkit daripada kekalahan set pertama untuk melangkah ke pusingan suku akhir pada Kejohanan Badminton Dunia di Paris, Perancis.

Pada aksi pusingan ketiga di Adidas Arena sebentar tadi, gandingan No.16 dunia itu menewaskan beregu senior, Goh Soon Huat-Shevon Lai menerusi keputusan 13-21, 23-21, 21-17.

Turun berdepan lawan yang memiliki pengalaman lebih luas langsung tidak menggusarkan Pang Ron-Su Yin apabila memberikan tentangan sengit hingga ke penghujung perlawanan.

Keputusan itu turut menyaksikan Pang Ron-Su Yin menyekat hajat senior mereka untuk mengulangi pencapaian 2023 di mana Soon Huat-Shevon mara ke suku akhir.

“Ini bukan sekadar suku akhir Kejohanan Dunia kerana kami tidak bermain cukup baik tahun ini selain tidak melepasi mana-mana suku akhir, jadi ini satu keputusan yang baik untuk kami.

“Keinginan kami cukup tinggi dan tidak mahu tewas mudah, jadi kami berjaya bangkit dan mengejar. Kami juga berjaya mengawal tekanan,” kata Pang Ron kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Menjelang aksi suku akhir esok, naib juara China Masters tahun lalu itu dijangka berdepan laluan sukar apabila dijadualkan bertemu pilihan kedua dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin.

Atas kertas, lawan mereka memiliki kelebihan apabila pernah merekodkan tiga kemenangan dalam empat pertemuan manakala Pang Ron-Su Yin menang satu perlawanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI