fbpx
HAVERTZ (kiri) mengalami masalah lutut selepas aksi menentang United di Old Trafford dua minggu lalu. - AFP

Havertz perlu jalani pembedahan lutut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Arsenal dijangka berdepan mimpi ngeri apabila penyerang, Kai Havertz mungkin perlu menjalani pembedahan bagi merawat kecederaan lutut dialami, sekali gus diketepikan untuk tempoh panjang.

Bintang Jerman itu berdepan kecederaan tersebut selepas masuk sebagai pemain gantian ketika membantu The Gunners menewaskan Manchester United 1-0 pada aksi sulung Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford dua minggu lalu.

Pada masa sama, dia juga kempunan untuk menyertai skuad kebangsaan Jerman bagi menghadapi aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Slovakia dan Ireland Utara yang dijadualkan berlangsung bulan depan.

Pengesahan itu dibuat pengarah skuad kebangsaan Jerman, Rudi Voller yang menyifatkan Havertz tidak akan bersama pasukan bagi memberikan fokus terhadap proses rawatan kecederaan lutut tersebut.

“Dia (Havertz) memang tidak akan menyertai pasukan gara-gara kecederaan lutut dialami. Kami tidak tahu bagaimana dia akan merawatnya, sama ada pembedahan ataupun bentuk rawatan lain,” katanya.

Perkembangan baharu itu sekali gus memberi tamparan hebat kepada Arsenal yang kini dalam persiapan bagi menghadapi aksi EPL menentang pencabar kejuaraan, Liverpool di Anfield hujung minggu ini.

Selain Havertz, The Gunners juga tidak dapat menggunakan khidmat pemain sayap, Bukayo Saka serta kapten, Martin Odegaard yang turut dibelenggu masalah kecederaan ketika menewaskan Leeds United minggu lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI