fbpx
Gambar hiasan

Guru didakwa ‘sentuh’ dua pelajar perempuan PPKI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seorang guru sebuah sekolah menengah di Rembau didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan persetubuhan luar tabii terhadap dua pelajar di dalam kelas pada Mei lalu.

Tertuduh, Muhamad Asraf Ahmad, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi kesemua pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap dua remaja perempuan berusia 15 tahun semasa kejadian pada 5 dan 16 Mei lalu.

Oleh itu, tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. L

Muhamad Asraf berdepan satu lagi tuduhan melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan salah seorang mangsa pada pukul 1.30 pagi, April lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Balkis Zunaidi mencadangkan jaminan RM30,000 bagi setiap pertuduhan serta syarat tambahan. Beliau berkata, kedua-dua mangsa merupakan pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).

Peguam P. Bhaerabii memberitahu, anak guamnya perlu menanggung isteri, dua anak berusia empat dan setahun enam bulan, ibu bapa dan abang sulung yang menghidap penyakit kuman dalam darah.

Katanya, tertuduh juga mempunyai penyakit asma dan ‘anxiety’ yang teruk disebabkan pertuduhan yang dihadapinya. Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 bagi kesemua pertuduhan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI