fbpx
Gambar hiasan.

Gempa Segamat: Tiada kerosakan harta benda diterima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEGAMAT – Tiada laporan kerosakan harta benda, kecederaan mahupun kemalangan jiwa diterima susulan gegaran gempa bumi lemah kali ketiga bermagnitud 3.2 yang berlaku pada pukul 8.59 pagi semalam di daerah ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Segamat, Mohd Ezzuddin Sanusi, pihaknya bekerja rapat bersama Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sedang memantau keadaan dari semasa ke semasa.

“Pihak berkuasa keselamatan serta agensi-agensi berkaitan juga sedang menjalankan pemantauan lanjut bagi memastikan keadaan di daerah Segamat berada dalam keadaan selamat.

“Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan susulan gegaran ketiga yang berlaku. Begitu juga tiada kerosakan harta benda penduduk,”katanya dalam satu kenyataan di sini.

Semalam, penduduk di daerah ini dan kawasan berhampiran dikejutkan dengan gegaran gempa bumi lemah pada magnitud 3.2 yang berlaku pukul 8.59 pagi.

Gegaran tersebut merupakan yang ketiga berlaku di daerah ini selepas gegaran pertama pada Ahad dengan magnitud 4.1 pada pukul 6.13 pagi sebelum gegaran kedua pukul 9 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI