fbpx
BURUH binaan dituduh merogol serta mencabul empat anak tiri di Mahkamah Sesyen Alor Setar, hari ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN

Buruh binaan mengaku bersalah noda empat anak tiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Seorang buruh binaan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 13 pertuduhan merogol dan mencabul empat anak tirinya yang masih di bawah umur.

Tertuduh yang berusia 57 membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim N Priscilla Hemamalini.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa berulang kali merogol dan mencabul mangsa berusia antara enam hingga 11 tahun di dua lokasi di sebuah rumah di Taman Seri Indah dan di Kampung Suka Menanti dari Disember 2023 hingga Ogos lalu.

Bagi perbuatan itu, tertuduh berdepan lima pertuduhan di bawah Seksyen 14(a) dan satu pertuduhan di bawah Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama.

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, selain hukuman tambahan penjara lima tahun serta sekurang-kurangnya dua sebatan jika dilakukan oleh penjaga atau individu dipercayai seperti bapa tiri.

Dia turut berdepan enam pertuduhan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap mangsa berusia enam hingga 11 tahun.

Setiap pertuduhan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Selain itu, tertuduh juga berdepan satu pertuduhan rogol di bawah Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan melibatkan seorang mangsa berusia 11 tahun pada Mei 2025.

Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara antara 10 hingga 30 tahun serta dikenakan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurfatin Mastura Asri, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan dan menetapkan 11 September depan untuk sebutan semula serta hukuman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI