fbpx
Tangkap layar dari CCTV kejadian pecah masuk butik Kopa Arena di USM, George Town, pagi tadi.

[VIDEO] ‘Bukan saja kebas jersi, Ford Raptor pun dia sapu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Pihak pengurusan Kopa Arena berdepan kerugian lebih RM200,000 apabila butik yang beroperasi di padang Universiti Sains Malaysia (USM) di sini dilaporkan dipecah masuk seorang lelaki berkaca mata dan bersarung tangan, pagi tadi.

Pengurus Kaki Jersi Wilayah Utara, Muhammad Mustafa Al-Bakri Arifin berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 5.08 pagi semasa premis berkenaan belum memulakan operasi.

Menurutnya, hasil penelitian menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati kelibat seorang lelaki yang memakai topi keledar berpenutup penuh telah memecah masuk ke butik seorang diri.

Ford Raptor yang dilaporkan hilang dalam kejadian pecah masuk di Butik Kopa Arena, USM, pagi tadi.

“Dia bukan sahaja kebas stok jersi termasuk yang dipamer di butik bersama kamera dan lensa berharga hampir RM40,000 tetapi dia turut bawa lari sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Raptor.

“Kenderaan yang digunakan sejak empat tahun lalu dan baru ditampal stiker diparkir di tepi premis. Suspek juga dilihat membawa bersama peralatan memecah masuk di poket seluarnya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini, hari ini.

Beritahunya lagi, ini merupakan kejadian pertama kali sejak butik berkenaan beroperasi tujuh tahun lalu dan satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sungai Nibong di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI