fbpx
Fadil ketika bercakap pada sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh SYAKIR RADIN/ KOSMO!

400 individu terlibat sindiket scam, judi online ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis menahan lebih 400 individu bagi membantu siasatan kes berkaitan sindiket penipuan dan perjudian dalam talian di Kuala Lumpur pada Selasa lalu.

Perkara berkenaan disahkan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus.

“Saya sahkan perkara (tangkapan) ini. Akan ada satu sidang akhbar khas dibuat dalam masa terdekat,” katanya ringkas pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Terdahulu, media tempatan melaporkan polis menyerbu sebuah menara komersial di Bangsar South yang dipercayai menjadi markas sindiket perjudian dan penipuan dalam talian terbesar di ibu negara.

Operasi melibatkan sekurang-kurangnya lima tingkat bangunan itu menyaksikan kesemua individu ditahan sebelum dibawa menaiki trak polis ke balai berhampiran bagi siasatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI