fbpx
ZOO Vantara terletak di negeri Gujarat. - Foto Reliance Foundation

Zoo milik anak lelaki terkaya Asia disiasat pihak berkuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI – Mahkamah Agung India mengarahkan siasatan dilakukan berhubung dakwaan kegiatan mengimport haiwan secara haram di sebuah zoo persendirian yang ditubuhkan oleh anak kepada individu terkaya di Asia, Mukesh Ambani. 

Zoo Vantara dalam negeri Gujarat turut didakwa melakukan salah laku kewangan.

Ia dikendalikan oleh Anant Ambani, anak kepada bilionair yang mengetuai konglomerat multinasional Reliance Industries.

Zoo tersebut menempatkan lebih 200 ekor gajah, 50 beruang, 160 harimau, 200 singa, 250 harimau bintang dan 900 buaya, selain pelbagai haiwan lain, demikian menurut Pihak Berkuasa Zoo Pusat India.

Aktivis hidupan liar mengkritik fasiliti itu dengan menyatakan bahawa ia menempatkan spesies terancam di kawasan tanah lapang yang panas dan bersebelahan dengan kompleks penapisan minyak gergasi. 

Tambah mereka, tiada sebarang rancangan untuk melepaskan haiwan-haiwan tersebut kembali ke habitat liar.

Pada Isnin lalu, Mahkamah Agung India memaklumkan bahawa ia telah mengarahkan satu panel yang diketuai oleh hakim-hakim bersara untuk menyiasat dakwaan pemerolehan haiwan secara haram, pelanggaran peraturan hidupan liar lain serta pengubahan wang haram.

“Kami menganggap adalah wajar untuk mendapatkan penilaian fakta secara bebas,” kata mahkamah itu. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI