fbpx
FERNANDEZ diberi kepercayaan untuk menguji jentera prototaip V4 Yamaha pada GP San Marino di Misano bulan depan.

Yamaha guna prototaip V4 di Misano

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Yamaha akhirnya mengesahkan jentera prototaip baharu mereka yang dikuasakan enjin V4 bakal membuat penampilan sulung di Grand Prix (GP) San Marino di Misano bulan depan.

Pengarah Urusan Yamaha Racing, Paolo Pavesio mendedahkan pelumba ujian pasukan, Augusto Fernandez akan menunggang motosikal itu menerusi slot wildcard pada perlumbaan yang berlangsung dari 12 hingga 14 September nanti.

Sebelum ini, ramai menjangkakan aksi sulung V4 Yamaha akan hadir lebih lewat musim ini, khususnya di litar pasukan tuan rumah Yamaha berpangkalan di Motegi, Jepun namun Misano kini dipilih sebagai pentas pembukaan.

“Untuk Misano, kami menyasarkan Augusto Fernandez akan berlumba buat kali pertama dengan jentera prototaip M1 yang dilengkapi enjin V4.

“Ia menjadi isyarat jelas mengenai komitmen kami terhadap masa depan, sambil kami tetap berusaha keras mendapatkan yang terbaik setiap hujung minggu perlumbaan,” kata Pavesio.

Pelumba utama Yamaha, Fabio Quartararo pula mengesahkan bahawa dia berpeluang menguji jentera V4 itu buat kali pertama pada sesi ujian perlumbaan di Misano, sehari selepas GP berakhir.

Setakat ini, tiada catatan masa rasmi didedahkan mengenai prestasi prototaip berkenaan dengan Yamaha menegaskan jentera V4 hanya akan menggantikan jentera semasa pada musim 2026 sekiranya terbukti cukup pantas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI