fbpx
Anggota polis hadir ke kediaman mangsa di Sungai Ara, sebentar tadi. - Foto DANIAL SAAD/KOSMO!

Wanita cedera dikelar suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BALIK PULAU – Seorang wanita dilaporkan cedera dipercayai akibat dikelar suaminya selepas berlaku pertelingkahan antara mereka di Taman Tunas, Sungai Ara di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, lelaki terbabit kemudiannya dikatakan turut bertindak mengelar dirinya sendiri.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, pihaknya telah menerima panggilan MERS 999 berhubung kejadian membabitkan pasangan suami isteri terbabit.

“Polis dimaklumkan terdapat pergaduhan suami isteri di mana suami telah kelar isteri dan kemudiannya kelar diri sendiri.

“Kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang dengan ambulans,” katanya di sini, sebentar tadi.

Satu sidang akhbar berkaitan kejadian berlaku akan dijalankan pada pukul 9 pagi ini. -KOSMO!
ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI