fbpx
Tangkap layar rakaman ‘dashcam’ memaparkan seorang penunggang motosikal melayang selepas terlanggar penghadang jalan.

[VIDEO] Tiba-tiba muncul, sampai melayang penunggang, motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang penunggang motosikal berdepan detik cemas apabila kenderaan yang ditunggang melayang selepas merempuh penghadang.

Dalam kejadian pada pukul 4.52 pagi, 22 Ogos lalu, mangsa dipercayai gagal mengesan kewujudan penghadang konkrit tersebut berikutan tiada papan tanda amaran atau penandaan cahaya dipasang di lokasi berkenaan.

Menerusi perkongsian rakaman kamera papan pemuka kenderaan, mangsa menunggang pada kelajuan 80 hingga 90 kilometer perjam (km/j) sebelum motosikalnya melanggar penghadang yang dibina merentangi sebahagian jalan.

Hentaman kuat itu menyebabkan mangsa dan motosikalnya tercampak sebelum terseret beberapa meter.

Dalam rakaman itu, mangsa dilihat bingkas bangun untuk menyelamatkan diri bagi mengelak dilanggar kenderaan lain.

Sementara itu, di ruangan komen, ramai yang mendesak pihak berwajib supaya meletakkan papan tanda atau memasang alat pantulan cahaya di lokasi tersebut.

“Patut letak tiang plastik warna oren (kon) tu sebelum sampai ke situ (lokasi kejadian) baru orang boleh elak,” cadang Syazreen Termizi.

“Bahaya tiba-tiba pisahkan jalan untuk masuk jalan motosikal, dah la jalan teruk dalam tu. Baik buang ja divider (penghadang jalan), nasib tak terjun sungai,” kata Hanif Sezali.

“Tak ada apa-apa tanda (amaran). Patut kena papan amaran,” ujar Kamarul Elias. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI