GLASGOW – Seekor ubur-ubur gergasi sebesar kolam renang kanak-kanak ditemukan terdampar di sebuah pantai di Scotland, menyebabkan sebilangan pelancong benar-benar terpegun, lapor laman berita Daily Star semalam.
Ubur-Ubur berumbai ungu daripada spesies lion’s mane itu dianggarkan berdiameter sekitar 1.8 meter, jauh lebih besar berbanding seekor anjing yang kebetulan berada berdekatan.
Sesungutnya boleh menjangkau lebih sekitar 30 meter dengan sengatan yang mampu menyebabkan rasa loya, berpeluh dan kekejangan otot walaupun kes kematian jarang berlaku.
Hidupan laut itu ditemukan di Nairn, berhampiran Inverness di mana berpuluh-puluh ubur-ubur lebih kecil juga telah ditemukan.
“Bagi sesiapa yang merancang untuk ke pantai, inilah saiz ubur-ubur yang terdampar dan ada di dalam air,” kata seorang lelaki yang menemukannya, David Alexander Bowie. – AGENSI