fbpx
Meerqeen dan Qasrina masing-masing memainkan karakter utama dalam Thariq Ridzuwan: His Treasure dengan impak tersendiri.

Tampil kelainan, Thariq Ridzuwan berjaya beli jiwa penonton setia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEKALI lagi mengukuhkan kedudukannya sebagai hab drama utama negara, Astro, syarikat kandungan dan hiburan terkemuka Malaysia, meneruskan tirai kempen ‘Home of Drama’ dengan karya berprestij, Thariq Ridzuwan: His Treasure.

Daripada novel terlaris hinggalah ke karya penulis terkenal, Astro kini tampil dengan drama sensasi itu yang diadun penuh kisah romantik penuh eskapisme.

Menurut Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad, Astro sentiasa komited dalam menyajikan karya-karya bermutu untuk tontonan audiens.

“Astro terus memperkukuh pe­ranannya sebagai peneraju kan­dungan tempatan premium de­ngan menyajikan pelbagai cerita yang penuh emosi, relevan dan dekat dengan penonton, mencetuskan perbualan serta mencerminkan isu-isu masyarakat sebenar.

“Menerusi kempen ‘Home of Drama’, kami ingin mengetengahkan drama-drama berkualiti tinggi yang bukan sahaja mencetuskan fenomena, malah membawa nilai impak sosial yang mendalam. Astro meraikan kepelbagaian penonton dengan pelbagai genre yang dekat di hati.

“Dari cinta, kekeluargaan hingga isu kehidupan, ‘Home of Drama’ Astro ialah destinasi utama anda untuk karya tempatan yang bermutu dan bermakna. Ini hanyalah permulaan, dengan lebih banyak pelancaran drama dan aktiviti berfokuskan peminat bakal berlangsung, termasuk kemuncak kempen kami pada bulan Ogos.

“Kami meneruskan kempen ini bersama drama hebat Thariq Ridzuwan: His Treasure—sebuah kisah romantik aksi yang diadaptasi daripada novel pemenang anugerah,” katanya.

Serasi, kongsi trauma

Dua teraju utama drama terbabit, iaitu Meerqeen dan Qasrina Karim sangat meluhur sinergi atau keserasian demi memberi pengalaman luar biasa buat peminat setia Thariq Ridzuwan: His Treasure.

“Keserasian antara kami datang bila kita betul-betul cuba memahami karakter masing-masing. Di luar set penggambaran, kita banyak berbincang bukan sahaja tentang skrip, tapi juga tentang cara kami melihat hubungan itu.

“Kepercayaan dibina membuatkan mudah untuk kami menterjemahkan dinamika konflik cinta secara semula jadi,” kata Merqeen atau nama sebenarnya, Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 24.

Drama Thariq Ridzuwan: His Treasure kini antara pilihan kaki drama di saluran Astro termasuk Astro GO dan sooka. 

Dalam pada itu, pemain karakter Husniya Radwa iaitu Qasrina, 29, berkata, sejak drama dita­yangkan 23 Julai lalu, dia menerima banyak mesej langsung (DM) daripada penonton sehingga ada terbuka bercerita tentang trauma dan masalah anxiety dengannya.

“Saya dapat agak banyak DM orang cerita pasal trauma, anxiety Radwa dan macam mana benda itu trigger trauma dan anxiety mereka sendiri. Ada juga yang kongsi mereka rasa ‘related’ dengan Radwa sebab pernah lalui benda lebih kurang sama, dan semua itu memang buat saya terkejut.

“Apa yang Radwa lalui memang teruk sangat. Jadi, mesej-mesej itu bagi saya sangat bermakna sebab saya betul-betul faham perasaan mereka, dan ia tunjuk macam mana satu cerita boleh connect (tembus) dengan orang secara mendalam,” ujar Qasrina.

Thariq Ridzuwan: His Treasure menyentuh sisi gelap cinta dan dendam. Drama tersebut menjadi antara pembuka tirai kepada deretan karya menarik yang akan diteruskan sehingga hujung tahun seperti Rumah Tanpa Luka, Generasi Perfect 10, Jutawan Ekspres, 1 Bride From The Past dan Mutiara Dalam Debuan Kabus.

Thariq Ridzuwan: His Treasure merupakan drama romantik yang me­ngangkat tema cinta, kesetiaan dan penebusan—mengisahkan seorang anggota elit yang kembali demi menyelamatkan cinta pertamanya daripada perkahwinan paksa, mencetuskan konflik emosi dan ancaman dari masa silam.

Diadaptasi daripada sensasi online dengan lebih 10 juta bacaan dan novel laris, drama arahan Eyra Rahman ini dibintangi Meerqeen, Qasrina Karim dan Evertts Gomes.

Lebih istimewa, ia turut menampilkan Alpha kumpulan lelaki pertama Astro, menerusi runut bunyi rasmi bertajuk P. Ramlee & Saloma, serta dari Hael Husaini yang bertajuk Alangkah.

Astro turut meneruskan momentum kempen ini menerusi ‘Hello KITA’ sebuah acara istimewa yang menghimpunkan barisan pelakon Thariq Ridzuwan: His Treasure, Mandul Bukan Pilihan dan barisan pelakon daripada drama-drama yang lain, berlangsung di Pavilion Kuala Lumpur pada 23 dan 24 Ogos lalu.

Thariq Ridzuwan: His Treasure boleh disaksikan pada setiap Rabu dan Khamis, jam 9 malam di Astro Ria, serta secara On Demand di Astro GO dan sooka. Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan.

Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan.

Untuk me­langgan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau Whats­App ke 03-9543 3838.



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI