PETALING JAYA – Permodalan Nasional Berhad (PNB) melalui PNB Merdeka Ventures Sdn. Berhad (PNBMV) mengumumkan cadangan program Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) yang dikenali sebagai Program Sukuk Wakalah Merdeka dengan nilai nominal sehingga RM6 bilion.
Hasil terbitan program ini akan digunakan untuk membiayai semula sukuk sedia ada serta menjana dana baharu bagi pembangunan berterusan presint ikonik Merdeka 118.
Selaras dengan komitmen terhadap pembangunan lestari, PNBMV telah mengemas kini Rangka Kerja Kewangan Lestari.
Sebelum ini, PNBMV menerbitkan sukuk lestari pertamanya pada 2017 melalui Program Sukuk Hijau Merdeka ASEAN SRI, menjadi yang pertama di rantau ini yang mematuhi Piawaian Bon Hijau ASEAN.
Ketua Pegawai Eksekutif PNBMV, Datuk Tengku Ab. Aziz Tengku Mahmud berkata, Program Sukuk Wakalah Merdeka yang baharu ini dilaksanakan bagimengoptimumkan struktur serta kos pembiayaan projek Merdeka 118, sambilmengambil peluang daripada penyempurnaan menara ikonik tersebut serta perasmian Park Hyatt Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menurutnya, penarafan Emas yang diberikan ke atas Rangka Kerja ini memberikan keyakinankukuh kepada pihak berkepentingan terhadap tadbir urus, ketelusan dan impakjangka panjang kami.
“Kami yakin program ini akan menyokong kemajuan berterusan Merdeka 118 sebagai sebuah pembangunan yang menjadi lambangkebanggaan negara serta pertumbuhan lestari.
“Presint Merdeka 118, yang berteraskan Menara Merdeka 118 sebagai mercuikonik, diposisikan sebagai projek lestari bertaraf dunia dan akan terusmemainkan peranan penting dalam menyumbang kepada pertumbuhan KualaLumpur di bawah inisiatif Warisan KL.
“Presint Merdeka 118 kini semakin rancak berkembang sebagai sebuah komuniti yang dinamik dan berdaya maju,” katanya dalam kenyataan.
Ab. Aziz menjelaskan, bagi Menara Merdeka 118, pihaknya sudah menerima ramai penyewa dengan lebih ramai lagi yang bakal menyusul.
Menara Merdeka 118 terus muncul sebagai destinasi utama bagi perniagaan di KualaLumpur, menarik pelbagai penyewa korporat daripada sektor kewangan sertasyarikat multinasional.
Dengan hampir 70 peratus ruang pejabat telah disewa, menara ini kekal sebagai pilihan utama. Selain menawarkan standard Gred A yang premium, ia juga menonjol dalam aspek kelestarian.
“Presint Merdeka 118 turut dilengkapi dengan komponen lain yang telah dibuka, termasuk Stadium Merdeka yang terletak di hujung Merdeka Boulevard iaitu sebuah kawasan hijau yang menghubungkan ke Masjid Al-Sultan Abdullah.
Masjid ini mampu menampung sehingga 3,000 jemaah.
“Selain itu, pembukaan Park Hyatt Kuala Lumpur baru-baru ini, yang pertama di Malaysia, turut meningkatkan profil kawasan ini. Pencapaian ini mencerminkanevolusi Merdeka 118 sebagai sebuah destinasi yang terus berkembang dan akanterus menyumbang kepada daya saing serta kepesatan Kuala Lumpur,” tambah beliau. -KOSMO! ONLINE