fbpx
Sebahagian penagih dadah yang ditahan pada Operasi Perdana AADK di sekitar Kota Bharu tengah malam tadi. -Foto KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

Pil kuda RM5 sebiji punca bekas penagih kembali hisap dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Pil kuda yang dijual pada harga RM5 sebiji menjadi antara faktor yang menyebabkan bekas penagih kembali menghisap dadah selepas mereka menjalani pemulihan dan rawatan kendalian Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Khairul Anwar Bachok berkata, harga dadah jenis pil kuda yang dijual murah di pasaran menjadi punca kepada sesetengah individu dikategorikan sebagai penagih berulang.

Menurutnya, selain faktor harga, bekalan pil kuda yang mudah diperoleh di pasaran turut memainkan peranan utama yang menjadikan penagih itu kembali terjerumus kepada penyalahgunaan dadah.

“Penyalahgunaan dadah jenis pil kuda mencatatkan jumlah yang tinggi iaitu sebanyak 94 peratus. Data terkini sehingga 15 Ogos lalu mendapati, lebih 50,000 penagih menjalani pemulihan di bawah AADK merangkumi Rawatan dan Pemulihan Dalam Komuniti.

“Setakat ini, sebanyak 20 peratus penagih dadah di negara ini dikategorikan sebagai penagih berulang selepas menjalani pemulihan dan rawatan dengan AADK,” katanya pada sidang akhbar sempena Operasi Perdana AADK di Ibu Pejabat AADK Kelantan di sini hari ini.

Khairul Anwar memberitahu, 80 peratus lagi peratus penagih yang menjalani rawatan bebas daripada pengaruh dadah dan pelbagai langkah dilakukan pihak berkuasa dalam usaha berterusan memutuskan rantaian penyalahgunaan dadah.

Mengulas mengenai Operasi Perdana AADK di Kelantan, beliau berkata, operasi itu dijalankan selama empat hari bermula Ahad lalu hingga hari ini melibatkan 15 pegawai dan 75 anggota.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI