fbpx
Sebahagian penagih dadah dan air ketum yang ditahan penguat kuasa AADK dalam beberapa serbuan di Kota Bharu tengah malam tadi.- Foto KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

‘Saya ambil sorok-sorok, jadi isteri tak syak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seramai 71 individu termasuk seorang pesawah yang cacat tangan kiri ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kelantan dalam serbuan di beberapa lokasi di daerah ini tengah malam tadi.

Serbuan selama tujuh jam berakhir pukul 7 pagi tadi yang disertai 10 pegawai dan 40 anggota AADK menyasarkan rumah-rumah yang menjadi ‘sarang’ penagih dadah.

Ketika serbuan pasukan AADK memberi salam dan mengetuk pintu rumah individu yang dipercayai terlibat dadah.

Kebanyakan mereka yang ditahan sedang tidur, malah ada yang khayal dipercayai baru mengambil dadah.

Seorang pesawah kudung yang mahu dikenali sebagai Den, 39, berkata, dia baru berjinak mengambil pil kuda tanpa pengetahuan isteri, ibu dan bapanya.

“Saya ambil pil kuda secara sorok-sorok jadi isteri dan keluarga tidak syak (menagih dadah),” katanya ketika ditemui.

Lelaki itu yang ditahan di Kampung Perol memberitahu, dia mengambil dadah tersebut sekali dalam seminggu kerana ia memberi tenaga untuk bekerja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI