fbpx
ZALIHA (tiga dari kiri), Wan Azizah (empat dari kiri), Maimunah (empat dari kanan) dan Che Khalib (tiga dari kanan) melawat projek pembangunan semula Taman Ikan Emas.

Pembangunan semula Taman Ikan Emas siap Julai 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Fasa pertama projek pembangunan semula Taman Ikan Emas di Bandar Tun Razak, Cheras yang dinamakan sebagai Residensi Lestari melibatkan pembinaan 1,192 unit pangsapuri berkeluasan 850 kaki persegi dijangka siap pada Julai 2026.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Zaliha Mustafa; Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd. Shariff; dan Pengerusi Retro Highland Sdn. Bhd. (RHSB)/Pengarah Urusan Kumpulan MMC, Tan Sri Che Khalib Mohamad Noh hadir melawat tapak projek berkenaan di sini, hari ini.

Pembangunan itu dilaksanakan menerusi kerjasama strategik awam-swasta antara RHSB dan Datuk Bandar Kuala Lumpur (DBKL).

Setakat Julai lalu, kemajuan kerja pembinaan Fasa 1C telah mencapai 71 peratus, melepasi sasaran perancangan 70 peratus.

Projek berkeluasan kira-kira 145 ekar itu secara keseluruhan merangkumi 5,650 unit kediaman di bawah skim Quality Sustainable People Housing (QSPH), termasuk pembaharuan semula skim perumahan awam lama iaitu Sri Pulau Pinang, Sri Melaka, Sri Johor dan Taman Ikan Emas sendiri.

Ruang kediaman yang lebih luas bakal menambah keselesaan penduduk.

Antara objektif utama termasuk menggantikan flat usang dengan kawasan kediaman moden, meningkatkan keluasan ruang hidup daripada 350 hingga 400 kaki persegi kepada 850 kaki persegi serta menyediakan pelbagai kemudahan seperti surau, tadika, dewan, unit kedai dan pejabat pengurusan.

Selain kediaman, pelan induk turut merangkumi pembangunan zon komersial, dataran bandar ikonik, pembangunan berorientasikan transit serta infrastruktur moden dan kemudahan awam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI