fbpx
HAYATI (kanan) dan Savithri tersenyum selepas satu pertemuan diadakan antara kedua-dua pihak. - OLAHRAGA MALAYSIA

Olahraga Malaysia akan tangani isu hilang pingat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUALA LUMPUR – Olahraga Malaysia (MA) telah mengambil maklum mengenai laporan terkini berkenaan legenda olahraga negara, P. Savithri dan insiden malang yang melibatkan pingatnya pada Sukan SEAP 1971 ketika itu dianjurkan di Kuala Lumpur.
Setiausaha Agung MA, Nur Haryati Karim menjelaskan, pihaknya akan bekerjasama penuh dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) bagi menegakkan keadilan dalam kes bersejarah seperti itu,
“Kami memohon maaf kepada Savithri di atas kekecewaan dan tekanan dialami akibat kehilangan pingatnya yang wajar diperolehi selama ini. Kami amat menghormati kesabaran luar biasa dan ketabahan beliau selama 54 tahun dalam menuntut penyelesaian perkara ini.
“Pencapaian beliau di balapan telah mengharumkan nama Malaysia, dan berhak menerima penghormatan serta penghargaan tertinggi daripada kami,” katanya menerusi satu kenyataan dikeluarkan MA sebentar tadi.
ANTARA keratan akhbar menceritakan kehilangan pingat Savithri pada satu ketika dahulu. – OLAHRAGA MALAYSIA
MA turut mengesahkan bahawa Savithri sememangnya merupakan pemenang hakiki pingat berkenaan dan telah menerimanya secara rasmi ketika itu berdasarkan kajian semula rekod sejarah.
Isu itu timbul apabila pingat tersebut dipinjam oleh seorang bekas pihak pentadbir pada masa itu untuk tujuan pameran atau dokumentasi, namun tidak pernah dipulangkan, melambangkan kecuaian dan juga pecah amanah.
Sehubungan itu, langkah serta-merta akan diambil bagi menyelesaikan itu tersebut dengan pertamanya adalah menempah penghasilkan replika rasmi bagi pingat dan sijil asal Sukan SEAP 1971.
HAYATI (kanan) berbual dengan Savithri dalam satu pertemuan diadakan antara kedua-dua pihak. – OLAHRAGA MALAYSIA
“Kami akan menganjurkan satu majlis penyampaian formal untuk menyerahkan pingat tersebut kepada Savithri. Majlis ini akan diadakan dengan penuh penghormatan dan kemuliaan yang selayaknya dengan karier sukan beliau.  Akan dihadiri oleh pimpinan kami serta wakil-wakil daripada MOM dan MSN.
“Kami akan memulakan kajian semula menyeluruh terhadap dasar-dasar dalaman kami berkenaan penjagaan dan pengurusan memorabilia atlet bagi memastikan insiden seperti ini tidak akan berulang kepada mana-mana atlet sama ada yang dahulu, kini atau masa hadapan.
Pihak MA menghormati legasi semua atlet yang telah berjasa kepada negara dengan cemerlang dan kini sedang berkomunikasi secara langsung dengan Savithri untuk menyampaikan permohonan maaf secara peribadi selain membincangkan cara terbaik untuk menghargai sumbangannya kepada olahraga Malaysia. – KOSMO! ONLINE
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI