fbpx
WAKIL media 'berkampung' di depan Wisma FAM untuk cuba mendapatkan reaksi lanjut daripada wakil pengurusan tertinggi FAM.

Mohd Yusoff dilantik Pemangku Presiden FAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi sebagai Pemangku Presiden FAM berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan itu dibuat selepas mendapat persetujuan pada Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM yang berlangsung di Wisma FAM, hari ini.

Kenyataan media yang dikeluarkan badan induk itu menjelaskan pemilihan Mohd.Yusoff dibuat mengikut apa yang termaktub dalam Statut FAM.

“Menurut Artikel 42 Perenggan 7 dalam Statut FAM, jika jawatan Presiden kosong, Timbalan Presiden yang paling lama berkhidmat akan menggantikan sehingga kongres seterusnya iaitu tahun hadapan.

“Justeru itu, Jawatankuasa Eksekutif FAM telah bersetuju untuk menamakan Datuk Wira Mohd Yusoff sebagai Pemangku Presiden FAM berkuat kuasa serta-merta, hari ini berdasarkan apa yang termaktub dalam Statut FAM itu.

“Kongres tersebut hendaklah memilih Presiden baharu untuk baki tempoh penggal jawatan,” katanya.

Bagaimanapun, selepas ‘berkampung’ di Wisma FAM kira-kira empat jam, usaha pihak media untuk mendapat komen lanjut daripada beberapa ahli jawatankuasa eksekutif FAM tidak membuahkan hasil.

Menerusi kenyataan media sama, FAM menjelaskan badan induk itu telah meneliti hasrat Datuk Joehari Mohd Ayub untuk meletak jawatan selaku Presiden selepas mula menjawat jawatan itu 15 Februari lalu.

“Dan akhirnya akur untuk menerima peletakan jawatan Presiden FAM itu bagi menghormati keputusan yang telah dibuat oleh beliau.

“Jawatankuasa Eksekutif FAM berasa terharu dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Datuk Joehari atas segala sumbangan, jasa, dedikasi dan komitmen beliau sepanjang bersama FAM sejak beliau dipilih sebagai Naib Presiden pada 2017 dan seterusnya Presiden pada 15 Februari 2025,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI