PETALING JAYA – Nasib malang yang menimpa seekor kucing sehingga menyebabkan kematiannya meruntun hati orang ramai.
Kematian haiwan itu dipercayai kerana mengalami sesak nafas berikutan kepalanya terperangkap di dalam tin makanan anjing yang kosong dan terbiar.
Menerusi perkongsian @Diana Kamaruddin di media sosial, dia menggesa orang ramai supaya mengemikkan sebarang tin yang boleh menarik perhatian haiwan itu terlebih dahulu sebelum dibuang.
“Allah dah ambil balik kucing ini. Jadi, tolong kemekkan apa-apa tin seperti tin sardin dan wet food yang boleh menarik kucing-kucing liar mencari makanan di luar,” katanya.
Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi orang ramai yang rata-rata bersimpati terhadap kucing berkenaan.
“Dia nak makan hingga akhir hayatnya, sedih,” ujar @Found flower.
“Ya Allah, menitis air mata. Seksa untuk bernafas, Allahuakbar,” komen @Anii.
“Bau ikan yang kuat menjadi tarikan. Saya selalu basuh bersih tin sardin agar tiada sisa ikan tertinggal sebelum buang,” kongsi @anisfaizah. – KOSMO! ONLINE