fbpx
ANGGOTA polis menjalankan pemeriksaan di lokasi penemuan mayat lelaki berperwatakan wanita di lorong berdekatan Jalan Horley, Kampung Jawa, Ipoh hari ini.

‘Mak nyah’ maut dibunuh, digilis lori bonded

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Seorang lelaki berperwatakan wanita ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah dipercayai dibunuh di lorong berdekatan Jalan Horley, Kampung Jawa di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, mayat mangsa ditemui seorang pekerja hotel kira-kira pukul 6 pagi dalam keadaan terbaring dan lengkap berpakaian.

Katanya, pemeriksaan ke atas mangsa mendapati terdapat kecederaan serius di bahagian kepala dan belakang badan.

“Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) pada pukul 4.24 pagi menunjukkan mangsa dikejar sebuah lori bonded berwarna putih sebelum berlaku pergelutan antara suspek dan mangsa.

“Mangsa yang jatuh di hadapan kenderaan itu kemudiannya digilis sebelum ditinggalkan di lokasi kejadian,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan di lokasi kejadian tidak menemukan sebarang dokumen untuk mengesahkan pengenalan diri mangsa.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk proses bedah siasat dan punca kematian disebabkan kecederaan kepala dan dada akibat pelanggaran jalan raya.

“Pemilik dan pemandu kenderaan berkenaan telah dikenal pasti dan usaha sedang dijalankan bagi mengesan mereka untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN