fbpx
Tangkap layar menunjukkan orang ramai mengusung keranda yang dinaiki Zaini di tengah jalan. - TikTok

Lelaki minta diusung dalam keranda seperti jenazah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Penduduk di Pamekasan, wilayah Jawa Timur terkejut apabila seorang lelaki meminta agar dirinya dimasukkan ke dalam keranda lalu diusung sejauh lebih 5 kilometer, lapor portal berita Lambe Turah.

Lelaki tersebut dikenali sebagai M Zaini.

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan orang ramai mengusung keranda tersebut di tengah jalan raya.

Seorang penduduk dikenali sebagai Junaidi berkata, keranda itu diusung sejauh lebih 5 kilometer dari Dusun Kendal.

“Zaini sendiri yang meminta untuk dimasukkan ke dalam keranda seperti jenazah. Bahkan, pengusung juga dibayar 2.5 juta rupiah (RM647),” kata Junaidi.

Rakaman itu mencatatkan 25,100 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Mungkin dia mengidam naik keranda,” kata seorang netizen. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI