fbpx
Pasukan penyelamat memeriksa Ibu Pejabat Kementerian Pertahanan dan Tentera Syria yang musnah di Damsyik selepas dibom Israel pada 16 Julai lalu. - AFP.

Israel serang Syria, 5 tentera terbunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DAMSYIK – Seramai tiga tentera Syria terbunuh dalam serangan dron Israel berhampiran Damsyik, manakala dua lagi maut apabila periuk api yang ditinggalkan sejak perang saudara tiba-tiba meletup, lapor portal berita New Arab.

Beberapa sumber memberitahu bahawa tiga askar terbunuh petang semalam, manakala empat lagi cedera selepas dibedil dron Rejim Zionis yang menyasarkan kawasan rondaan mereka di Harjalah berhampiran al-Kiswah, selatan Damsyik.

Dron tersebut melancarkan sekurang-kurangnya empat serangan ke atas kemudahan latihan kereta kebal. 

Sementara itu, periuk api yang ditinggalkan semasa perang saudara Syria meletupkan sebuah tapak tentera milik pasukan khas di kawasan al-Dreij, barat Damsyik. 

Letupan itu mengorbankan dua tentera termasuk seorang jurulatih dan mencederakan tiga yang lain dengan beberapa orang berada dalam keadaan kritikal.

Israel turut mengebom bekas kedudukan markas rejim Bashar al-Assad yang digulingkan di pergunungan berhampiran Moadamiya, namun tiada butiran lanjut mengenai kematian. 

Langit di ibu negara Syria dipenuhi dron Rejim Zionis sejak awal pagi semalam, serentak dengan pencerobohan tentera pendudukan Israel ke kawasan Beit Jinn, kira-kira 50 kilometer dari Damsyik.

Seorang pemuda Syria turut terbunuh dalam pencerobohan Israel ke atas kampung Taranga di luar bandar Quneitra semalam.  – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI