fbpx
Anggota forensik hadir ke kediaman pasangan guru di Taman Tunas Muda, Sungai Ara, pagi tadi. - Foto DANIAL SAAD/KOSMO!

‘Ibu dengar anak jerit sebelum subuh, sempat tarik keluar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BALIK PULAU – Ibu kepada seorang guru wanita yang cedera dikelar suaminya pada leher dikatakan terdengar jeritan anak perempuannya itu dari bilik tidur pasangan tersebut sebelum subuh, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi tadi, wanita terbabit dikatakan terus naik ke bilik tidur anak perempuannya yang berusia 28 tahun itu di tingkat atas, kediaman dua tingkat berkenaan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, ibu mangsa memaklumkan yang dia ternampak suami anaknya itu dalam keadaan menindih badan mangsa di atas katil.

“Suspek berada dalam keadaan cuba mengelar isterinya. Selepas itu, ibu mangsa sempat menarik mangsa turun daripada katil dan dapat bawa dia (anaknya) keluar.

“Dalam masa yang sama juga, ibu mangsa nampak suspek mengelar tangan dan lehernya sendiri di atas katil,”katanya kepada pemberita semasa ditemui di lokasi kejadian di sini, pagi tadi.

Sazalee memberitahu, punca kejadian masih lagi dalam siasatan pihak polis.

“(Pergelutan) mungkin berlaku semasa bangun tidur, sebelum subuh. Tapi, kita masih lagi dalam siasatan dan tidak tahu lagi apa punca sebenar berlaku.

“Kita perlu rekod keterangan daripada mangsa dan suaminya yang juga suspek bagi mengetahui punca sebenar kejadian. Ketika ini, mereka masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI