PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung serta Sabah sehingga pukul 2 petang.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, antara kawasan yang terlibat ialah Kedah (Bandar Baharu), Pulau Pinang serta Perak (Kerian dan Larut, Matang dan Selama).
Selain itu, di Selangor melibatkan daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang).
Menurut MetMalaysia, cuaca buruk itu turut tertumpu sekitar Negeri Sembilan (Port Dickson), Melaka, Johor (Tangkak dan Muar), serta Sabah (Kudat). – KOSMO! ONLINE