fbpx
Gambar hiasan

Hampir seluruh negara dilanda hujan lebat, ribut petir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang melibatkan beberapa negeri di seluruh negara sehingga pukul 6 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, antara kawasan terjejas ialah Kedah (Baling, Kulim dan Bandar Baharu) serta Perak (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta).

Di Pantai Timur, keadaan sama tertumou sekitar Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang), Terengganu serta sebahagian negeri Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Bera, Pekan dan Rompin).

MetMalaysia menambah, hujan lebah pada petang ini turut melibatkan Selangor (Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan (Jelebu dan Jempol), Melaka (Jasin) serta Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Kluang dan Mersing).

Bagi negeri Sarawak pula, cuaca buruk itu dijangka melanda Kapit (Kapit dan Belaga) dan Bintulu (Tatau dan Sebauh), manakala di Sabah membabitkan bahagian Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat serta Labuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI