BALIK PULAU – Guru lelaki yang bertindak mengelar lehernya sendiri serta pergelangan tangan kiri dikatakan terpaksa ditidurkan bagi menjalani pembedahan akibat kecederaan yang dialaminya itu.
Difahamkan, isterinya yang juga seorang pendidik kini dilaporkan stabil dan pasangan terbabit sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, kedua-dua mangsa berada dalam keadaan sedar namun, suspek dikatakan agak kritikal akibat kecederaan yang dialaminya.
“Kedua-dua mangsa stabil. Cuma yang suspek itu agak serius sikit, tapi sedar. Dia berada di Zon Merah,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, pagi tadi. -KOSMO! ONLINE