fbpx
SUI HAU (kiri) melihat keadaan Gia Yee ditemani bapa, Choon Keat di Bukit Mertajam, semalam.

Gia Yee perlu ke Indonesia untuk suntikan RM550,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Bayi pe­rempuan berusia 18 bulan yang dikesan menghidap penyakit Atrofi Otot Spina (SMA) Jenis 2 memerlukan bantuan kewangan bagi menampung kos suntikan ubat genetik bernilai RM550,000.

Hee Gia Yee, memerlukan suntikan ‘vesemnogene lantuparvovec’ dengan kadar segera bagi mengekang masalah tulang rapuh dan gangguan otot.

Bapanya, Hee Choon Keat, 41, berkata, anak tunggalnya dikesan menghidap penyakit itu ketika berusia lapan bulan dan pada awalnya Gia Yee boleh ­melakukan pergerakan asas ­namun berdepan masalah ­seperti gagal mengangkat kepala dan meniarap.

“Saya membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan berulang kali termasuklah ke Guangzhou, China bagi me­ngetahui rawatan lanjut ber­kenaan penyakit ini.

“Doktor kemudiannya me­nyarankan anak kami mendapatkan suntikan terbabit di sebuah hospital di Jakarta, Indonesia.

“Kami dimaklumkan bahawa dia perlu disuntik sebelum usia­nya mencecah dua tahun sebelum ototnya lebih menyusut dan mengakibatkan dia tidak dapat bergerak nanti,” katanya ketika ditemui pemberita di Bukit ­Mertajam di sini semalam.

Katanya dia me­netap di Taiping dan bekerja sebagai penjaja, manakala isterinya, Tran Thi Yen, 26, turut membantunya berniaga tidak mampu menyediakan wang dalam masa yang singkat dan memohon bantuan orang ramai.

Sementara itu, Pengerusi badan amal, One Hope Cha­rity and Welfare, Datuk Chua Sui Hau berkata, orang ramai yang berhasrat menghulurkan derma, boleh berbuat demikian menerusi akaun Public Bank Berhad atas nama One Hope Charity & Welfare (nombor akaun: 3201-4288-17).

Sumbangan juga boleh di­salurkan menerusi laman web rasmi www.onehopecharity.org. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI