fbpx
Gambar hiasan.

Dewan Rakyat: Tidak ramai pegawai perubatan mahu bertugas di Sarawak, Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Tidak ramai pegawai perubatan bersetuju untuk ditempatkan di fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) di Sabah dan Sarawak.

Timbalan Menteri Kesihatan (KKM), Datuk Lukanisman Awang Sauni, hanya tujuh pegawai perubatan memilih ditempatkan secara tetap di Sarawak.

“Hanya 15 setuju ditempatkan di Sabah walaupun jawatan tetap di dua negeri itu hampir 1,000 jawatan,” katanya menjawab soalan tambahan Salamiah Mohd Nor (PN-Temerloh) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Lukanisman berkata, KKM namun ingin memastikan jawatan di Sabah dan Sarawak tersebut diisi walaupun tidak secara maksimum.

Ujar beliau, sekurang-kurangnya jawatan tetap ditawarkan kepada pegawai perubatan itu diterima dan datang melapor diri.

“Rayuan boleh datang kemudian untuk kembali ke stesen (penempatan) pilihan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan, KKM tidak dapat mengguna pakai penempatan pegawai perubatan mengikut cita rasa mereka.

Bagaimanapun, mereka diberi tiga pilihan menerusi ePlacement 2.0 dengan pilihan ketiga adalah mandatori Sabah dan Sarawak.

Terdahulu, katanya, seramai 13,902 pegawai perubatan kontrak ditawar lantikan tetap sejak 2023, melebihi sasaran asal 12,800 orang.

Ujar beliau, beberapa inisiatif juga dilaksanakan termasuk menyegerakan pengisian 4,352 pegawai perubatan lantikan tetap secara berfasa.

Jelas beliau, pegawai perubatan terbabit akan melapor diri seawal 2 Oktober depan di fasiliti kesihatan KKM di seluruh negara.

Selain itu, katanya, KKM mengadakan sesi libat urus di Institut Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta bagi menarik bakal graduan perubatan berkhidmat di sektor kesihatan awam.

Kata beliau, dasar KKM tidak menghalang jururawat berhijrah ke luar negara, memandangkan peluang untuk mereka meningkatkan pendapatan.

“Kita merasakan bekalan jururawat ketika ini mencukupi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI