fbpx
Gambar hiasan.

Dewan Rakyat: Kembalikan hukuman rotan di sekolah tangani gejala buli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang Ahli Parlimen mencadangkan supaya hukuman rotan dikembalikan di sekolah dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) berkata, hukuman tersebut bagi mendidik dan mencegah buli, namun tidak boleh sehingga mencederakan.

“Saya mencadangkan hukuman rotan kepada pelajar tak berdisiplin diperkenalkan semula. Masa kita sekolah dulu, rotan diadakan di sekolah.

“Tapi hari ini nampaknya kementerian (Kementerian Pendidikan) lebih utamakan ibu bapa. Hanya apabila ibu bapa buat aduan baru bertindak,” katanya di sini hari ini.

Rosol berkata, filem berasaskan buli juga mempunyai kaitan dengan masalah buli, maka menangani hal itu tidak semestinya di sekolah sahaja.

Menurut beliau, ibu bapa dan masyarakat perlu bersama menangani masalah buli tersebut.

“Pada pendapat saya, ia juga berkaitan dengan filem-filem disiarkan.

“Saya nampak cerita-cerita asas buli dan ‘ragging’ (penderaan) di asrama sedikit sebanyak mempengaruhi anak kita,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI