PETALING JAYA – Hujan lebat berterusan sehingga awal petang ini dilaporkan melanda beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Johor sejak pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, antara kawasan terlibat di Kedah (Yan, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan) serta Perak (Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).
Selain itu, di Pahang membabitkan Rompin, manakala bagi negeri Selangor ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang dan Gombak.
MetMalaysia menambah, keadaan cuaca sama turut tertumpu dekitar Negeri Sembilan (Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin), Melaka serta Johor (Tangkak, Segamat, Muar dan Kluang). – KOSMO! ONLINE