KUALA LANGAT – Seorang buruh binaan warga Indonesia yang bertndak menikam isterinya baru-baru ini tidak sempat melarikan diri ke Indonesia selepas diberkas polis hari ini.
Suspek yang berusia 45 tahun itu ditangkap pada pukul 2.50 pagi di Kampung Maju Jaya, Pontian, Johor.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd. Akmalrizal Radzi berkata, suspek itu ditahan di tepi jalan dan pihaknya tidak menolak kemungkinan lelaki itu cuba lari ke Indonesia.
“Suspek ditahan reman selama empat hari sehingga 30 Ogos ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
“Ujian saringan air kencing akan dijalankan ke atas suspek yang bekerja sebagai buruh binaan di Banting,” katanya hari ini.
Tambah Mohd. Akmalrizal, mangsa warga Indonesia berusia 44 tahun dilaporkan dalam keadaan stabil. – KOSMO! ONLINE