fbpx
GAYA Lisdawati dan Fazura ketika beriadah dipuji netizen.

Beriadah, tunggang RXZ pun sopan, Fazura, Lisdawati dipuji netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bersukan atau melakukan aktiviti lasak bukan alasan untuk mana-mana wanita berhijab memandang ringan aspek aurat atau penampilan sopan. Itu yang dilakukan dua pelakon popular, Nur Fazura dan Lisdawati ketika ini yang mendapat pujian netizen impak penampilan sopan ketika beriadah.

Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 42, dipuji kelihatan manis dan sopan ketika bermain sukan ‘pickle ball’ yang kian menjadi ‘trend’ di Malaysia.

“Selalu tengok orang main ‘pickle ball’ ramai yang pakai pakaian seksi seksa. Bukan perempuan sahaja ya. Lelaki pun ramai sahaha main ‘pickle ball’ seluar dah macam pakai ‘spender’.

“Tengok Fazura main elok sahaja tertutup sopan. Masih nampak cantik dan bergaya. Banyak sahaja seluar dan pakaian yang tutup punggung sekarang ni. Nak dengan tak nak sahaja kan?,” komen netizen dalam Threads.

Sementara itu, Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin, 47, pula dipuji kerana berpakaian sopan dan longgar ketika menyertai perhimpunan motosikal RXZ bersama suaminya Fauzi Nawawi.

Lisda yang sebelum ini memang gemar menunggang motosikal berkuasa tinggi sejak zaman anak daranya kelihatan manis menunggang motosikal RXZ yang sinonim dengan kaum adam itu.

“Tahniah Lisdawati. Penampilan ‘rider’ muslimah memang ‘rare’. Semoga menjadi ikon kepada ‘rider’ wanita yang lain,” komen netizen dalam Instagram.

Netizen turut memberi cadangkan agar Lisda dan Fauzi diangkat sebagai ikon perhimpunan RXZ yang diadakan setiap tahun di Terengganu.

Terdahulu sebelum ini beberapa selebriti popular sering dilihat berpakaian mencolok mata sewaktu beriadah terutamanya ketika bermain sukan ‘pickle ball’. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI