fbpx
Lelaki warga emas maut di kawasan perkuburan Cina, Jalan Cheras Batu 11, malam tadi.

Warga emas maut motosikal terbabas jatuh gaung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditungganginya terbabas sebelum terjatuh ke dalam gaung sedalam 10 kaki di kawasan perkuburan Cina, Jalan Cheras Batu 11, di sini malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 9.46 malam.

“Setibanya di lokasi, didapati seorang mangsa lelaki berusia 70 tahun telah terjatuh ke dalam gaung.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI